SELAMAT DATANG..

Posted by leedanapiahkpt6043 at Friday, July 30, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Blog ini dibina bagi keperluan kursus KPT6043 Pengajaran Berasaskan Elektronik dan Web.di bawah bimbingan Prof Madya Dr Abd Latif b. Abd Ghapor. Besar harapan saya agar dengan terbinanya blog ini saya dapat berkongsi idea,ilmu dan pengalaman dari rakan-rakan sekuliah.

KRITIKAN ARTIKEL KAJIAN

Posted by leedanapiahkpt6043 at Thursday, July 29, 2010

Tajuk

Berdasarkan artikel kajian yang telah dibuat oleh Rassafri Mohamad, Wan Ahmad Jaafar Yahaya dan Balakrishnan dari USM menunjukkan bagaimana Prinsip Pengurusan Kepimpinan Teknologi Melahirkan Kepimpinan Instruktional Yang Cemerlang. Tajuk yang diberikan amat bersesuaian dengan isu yang diketengahkan bagaimana kepimpinan khususnya instruktional penting dalam pndidikan khususnya hasrat yang perlu dicapai dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).


Abstrak

Dalam abstrak juga dinyatakan secara keseluruhan bagaimana permasalahan yang timbul di sekolah khususnya kepimpinan instruktional di kalangan pendidik khususnya masih berada di tahap yang rendah. Tidak ramai pendidik yang menyedari teknologi memainkan peranan penting yang menjadi pemangkin kepada perubahan amalan pendidikan dan pedagogi ke arah yang lebih kondusif. Di dalam artikel ini mengetengahkan lima perkara penting iaitu pengurusan dan kepimpinan, pengajaran dan pembelajaran, pembangunan pelajar, pembangunan profesionalisme staf dan pembudayaan dan pemantauan. Berdasarkan abstrak yang ditulis telah menarik pembaca untuk mengikuti secara keseluruhan artike ini kerana ianya saling berkait rapat untuk meningkatkan kepimpinan dalam pendidikan.


Pengenalan

Ciri-ciri kepimpinan istruktional yang diketengahkan adalah bertujuan untuk mewujudkan budaya profesional dengan harapan melahirkan sekolah generasi yang cemerlang. KPM melalui kajianya pada tahun 2006 telah menegaskan sekolah hingga kini masih belum mampu berfungsi sebagai pemimpin penguurusan dan pemimpin instruksi yang berkesan. Pelbagai kajian yang telah dijalankan untuk membuktikan pengetua merupakan individu yang memainkan peranan penting dan bertindak sebagai pemimpin untuk mencapaikan objektif dan matlamat yang dihasratkan. Walaupun terdapat kepimpinan instruktional namun demikian kepimpinan teknologi telah dibaikan. Ramai pendidik yang yang masih barada di tahap yang rendah dalam pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan teknologi. Seharusnya para pendidik khususnya perlu mempunyai kesedaran tentang peri pentingnya pengetahuan kepimpinan teknologi untuk diaplikasikan dalam P&P. Kepercayaan terhadap pengetahuan teknologi akan memberi makna pembelajaran sebenar kepada pelajar.


Teknologi di dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pengkaji menekankan melalui kajian yang dibuat kebanyakan guru rata-ratanya menggunakan teknogi hanya untuk diri sendiri sebaliknya tidak menggunakan teknologi secara optimum untuk kegunaan pelajar. Guru kebanyakan hanya gemar menggunakan kaedah latihan dan latih tubi berbanding menggunakan teknologi di dalam P&P. Penggunaan teknologi sebenarnya memberikan impak yang besar dapat membantu manarik perhatian pelajar untuk mengikuti P&P dengan lebih berkesan. Guru dapat membuat persediaan awal dan merangka pengajaran dengan lebih berkesan berbanding menggunakan kaedah tradisonal. Secara tidak langsung akan mengubah gaya instrusi guru. Kesediaan guru dalam mempersiapkan diri dalam kemahiran instruksi dan teknologi akan mewujudkan pembelajaran yang lebih efektif dan efisyen.

Perkembangan Teknologi Semasa

Pihak kerajaan tidak putus-putus berusaha untuk melaksanaknan pelbagai projek selaras dengan perkembangan teknologi semasa. Antara projek yang telah dijalankan adalah Sekolah Bestari, SchoolNet, Projek MySchoolNet, Makmal Perkomputeran, TV Pendidikan (TVP), P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingggeris PPSMI), Mata Pelajaran ICT, latihan ICT untuk guru-guru dan Projek Pengkomputeran Pengurusan. Secara keseluruhannya pengkaji menjelaskan bagaimana projek yang dijalankan ini menjurus kepada galakan kepada para guru dan pelajar untuk menggunakan teknologi khususnya dalam bidang pendidikan.


Cabaran Pelan Induk Pembanunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

Pihak kerajaan sendiri telah menekannkan dan memberikan peruntukan perbelanjaan yang sangat besar untu memastikan enam teras strategik dalam sistem pendidikan dicapai. Kebanyakan enam teras ini bertujuan melahirkan pelajar yang lengkap dengan pengetahuan teknologi untuk membangunkan negara.


Prinsip-prinsip Pengurusan dan Kepimpinan

Lima polisi dan strategi berkaitan ICT di sekolah diketengahkan oleh Majlis teknologi Maklumat Negara (NITC), Kementerian sains dan teknologi dan Inovasi seperti yang dinyatakan adalah bertujuan sebagai panduan yang perlu dilaksanakan oleh pemimpin instruksional di sekolah. Dengan adanya garis panduan ini diharapkan pemimpin instruksional dapat mencapai matlamat organisasi yang dikehendaki berdasarkan visi dan misi yang jelas, menggunakan sumber


Kesimpulan

Pengkaji banyak mengetenghkan kajian-kajian yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji sebelum sebelum ini dan mengulas semula kepentingan di dalam lima fasa yang diketengahkan kembali. Pengkaji menegaskan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh pengetua sebagai pentadbir dan para guru dalam melaksanakan kepimpinan instruktional dan kepimpinan teknolgi dalam melahirkan pelajar yang cemerlang. Penggunaan teknologi sebagai medium penting dapat membantu menyampaikan mesej di dalam pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

SINOPSIS KURSUS KPT6043

Posted by leedanapiahkpt6043 at Friday, July 23, 2010

KPT 6043 : Kursus Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web

Kursus bertujuan membincang isu semasa dalam pembelajaran berasaskan elektronik dan web dengan mengkaji impak teori pembelajaran, aplikasi reka bentuk instruksional dan teknologi, merancang pembangunan, mengintegrasi dalam pembelajaran, menilai produk dan kesan berasaskan kajian penggunaan teknologi elektronik dan web dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran.

Kaedah: Kuliah, perbincangan, dan persembahan

Penilaian:

Tugasan 1: Kajian bacaan (20%)

Tugasan 2: Jawapan soalan teks (20%)

Tugasan 3: Bahan pembelajaran berasaskan Web (20%)

Peperiksaan akhir (40%)

Kandungan:

1. Pembelajaran berasaskan elektronik dan web

2. Teori pembelajaran

3. Reka bentuk instruksional dan teknologi

4. Konstruktivisme dalam reka bentuk instruksional dan teknologi

5. Konstruktivisme dan aplikasinya dalam reka bentuk pembelajaran.

6. Teknologi elektronik untuk pengajaran dan pembelajaran

7. Penggunaan teknologi elektronik dan web untuk pengajaran berkesan

8. Perancangan dan reka bentuk laman web untuk pembelajaran

9. Isu berasaskan kajian : Impak pengajaran dan kognitif kepada pembelajaran berasaskan web

10. Penilaian bahan pembelajaran berasaskan elektronik

Tugasan 1

Posted by leedanapiahkpt6043 at Tuesday, July 20, 2010

Sumber Rujukan

Posted by leedanapiahkpt6043 at Monday, July 19, 2010